Sunday, 27 March 2011

Radiasi naik mendadak


Radiasi dalam loji Fukushima naik mendadak

TOKYO: Pegawai Jepun melaporkan peningkatan mendadak paras radiasi - 10 juta kali melebihi paras normal - dalam air sebuah reaktor di loji nuklear Fukushima yang rosak akibat gempa bumi dan tsunami, sekali gus memaksa pekerja meninggalkan kemudahan itu dan melengahkan usaha mengawal kebocoron.

Jurucakap Tokyo Electric Power Co (TEPCO), Takashi Kurita berkata
tahap radiasi udara pula ialah 1,000 milisievert sejam - empat kali ganda had 250 milisievert yang dianggap selamat oleh kerajaan.Laporan berhubung peningkatan mendadak radiasi di Unit 2 loji itu muncul ketika TEPCO bertungkus lumus mengepam air yang tercemar dari empat unit reaktor di loji Fukushima Dai-ichi yang terletak kira-kira 220 kilometer dari Tokyo. Bacaan radiasi terlalu tinggi hinggakan pekerja yang mengukurnya meninggalkan tempat itu sebelum mengambil bacaan kedua.

Semalam, Agensi Keselamatan Nuklear dan Perindustrian Jepun memberi amaran tahap radioaktif dalam unit reaktor berkenaan meningkat dengan pantas dan langkah mengeluarkan air mengandungi radioaktif menjadi keutamaan. - AP
-BERITA HARIAN-

No comments:

Post a Comment