Wednesday, 11 May 2011

sebarang cadangan dialu-alukan

sebarang cadangan atau komen positif yg membantu untuk misi ini amatlah dialu alukan....sila berikan pendapat anda ye...terima kasih...

Loji Nuklear Fukushima

Keadaan di loji Fukushima :
  • Belum ada kematian disebabkan radiasi dilaporkan sejak gempa bumi disusuli tsunami melanda Jepun sebulaan yg lalu.loji nuklear Fukushima rosak dan melepaskan bahan radioaktif manakala 21 pekerjanya  mula jatuh sakit.
  • Majlis Keselamatan Nuklear Jepun (NSC) dan Agensi Keselamatan Industri dan Nuklear (NISA) menemui unsur radioaktif iodin-131 dan cesium-137 . Sejak krisis nuklear bermula, 500,000 terabecquerel radiasi dan iodin-131 dilepaskan ke udara, melebihi tahap minimum radiasi . Angka itu melebihi tahap 7.
  • Menurut Skala Insiden Radioaktif, skala itu membabitkan berpuluh ribu terabecquerel iodin-131. Satu terabecquerel sama dengan satu trilion becquerel, satu ukuran radiasi.
  • Selepas bahan radioaktif dilaporkan sampai di Amerika dan Eropah, Kementerian Sains Jepun menyatakan, bahan strontium, antara unsur radiasi paling bahaya, dikesan dalam kadar kecil dalam tanah dekat loji Fukushima.
  • Di Chernobyl, 5.2 juta terabecquerel radioaktif dilepaskan, 10 kali ganda dibandingkan Fukushima tetapi seorang pegawai mengakui loji nuklear Jepun akan mengatasi catatan itu jika pelepasan radiasi gagal dikawal.
  • Suruhanjaya nuklear negara itu juga mengeluarkan satu kiraan awal jumlah terkumpul pendedahan luaran kepada radiasi, mengatakan ia melebihi had setahun 1 milisievert di kawasan meliputi lebih 60 kilometer ke barat laut loji itu dan kira-kira 40 kilometer ke selatan-barat daya, lapor agensi berita Kyodo.

krisis loji nuklear


Jepun menetapkan krisis loji nuklearnya setanding dengan bencana atom paling teruk sebelum ini di Chernobyl, Ukraine, pada 1986, selepas menaikkan tahap serius daripada 5 kepada 7 dan satu lagi gempa bumi 6.3 skala Richter di timur Tokyo tidak membantu keadaan.

Tahap 5 dan Tahap 7
Pada tahap 5, masalah loji Fukushima sama dengan insiden Three Mile Island di Amerika Syarikat pada 1979. Tahap 5 adalah pelepasan terhad bahan radioaktif dengan beberapa kematian, menurut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
Tahap 7 pula membabitkan pelepasan radiasi besar-besaran dengan kesan meluas terhadap kesihatan dan alam sekitar.

jepun...inspirasi dunia..

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah dunia kini menyaksikan kehebatan masyarakat Jepun yang tabah berdepan malapetaka sehingga menjadi inspirasi kepada semua.
"Kini, dunia sekali lagi memandang ke timur, kali ini bukan untuk menyaksikan kepakaran pembangunan dan teknologinya, namun ke dalam hati sanubari rakyat Jepun.
"Ini termasuk kekuatan dan ketabahan serta tanggungjawab mereka terhadap masyarakat. Kini, ketika berdepan malapetaka yang dahsyat, Jepun masih menjadi inspirasi kepada dunia.

"Penduduknya membuktikan bahawa manusia mampu menguasai naluri asas kehidupan demi kebaikan bersama. Mereka mempamerkan kecekalan, ketenangan, maruah dan kemurahan hati yang menjadi nilai budaya mereka selama ini,” titah baginda. - Bernama

Rasa kagum Raja Muda Perak terhadap rakyat jepun

Jepun kini menjadi inspirasi dunia bukan hanya kerana perkembangan teknologinya tetapi kecekalan rakyatnya berdepan malapetaka besar.Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, rakyat Jepun membuktikan bahawa manusia mampu meneruskan hidup dengan mempamerkan sifat keberanian, kecekalan, ketenangan dan kemurahan hati yang menjadi nilai budaya mereka selama ini.
"Penduduk di wilayah yang terjejas teruk tidak teragak-agak untuk membantu orang lain meskipun rumah serta harta milik mereka sendiri musnah dibawa arus."Walaupun mereka mempunyai pelbagai sebab untuk menitiskan air mata, mereka melakukannya secara terkawal. Mereka mempunyai sifat semulajadi untuk tetap tenang dan bersikap hormat dan sopan," titah baginda.Baginda bertitah demikian pada majlis bersama komuniti Jepun di Perak yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Konsul Jeneral Pejabat Konsulat Jepun di Pulau Pinang, Tetsuro Kai di sini hari ini.Pada majlis tersebut, baginda menyampaikan bantuan sumbangan sebanyak RM687,000 kepada Tabung Bencana NSTP-Media Prima bagi membantu mangsa tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu.
Antara pihak yang memberi sumbangan tersebut ialah Yayasan Sultan Azlan Shah, kerajaan negeri Perak, Sunway City Berhad, Kuala Lumpur Kepong Berhad.Baginda bertitah, meskipun terdapat 500,000 orang penduduk Jepun dipindahkan dari rumah mereka akibat bencana itu, namun tidak wujud sebarang kejadian rusuhan, asakan mahupun desakan tidak puas hati.Menurut baginda, lelaki dan wanita yang sihat di negara itu membawa bekalan kepada mangsa lain selain sanggup menyerahkan catuan makanan kepada keluarga yang mempunyai anak dan warga emas."Ketenangan mangsa yang berbaris panjang untuk mendapatkan makanan, minuman dan minyak mengatasi keganasan gempa bumi yang menggegarkan negara itu. Kemesraan mereka juga mampu melawan cuaca sejuk yang perlu ditempuh," titah baginda.
Baginda turut menyampaikan rasa simpati Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta seluruh rakyat negeri ini kepada Maharaja Jepun, Maharaja Akihito dan Maharani Michiko serta seluruh rakyat Jepun atas tragedi yang menimpa negara itu.

ketabahan rakyat jepun

KAMAISHI 20 Mac - Insiden terpencil kegiatan mencuri oleh mangsa tsunami yang terdesak mula dilaporkan di Jepun, negara yang rakyatnya telah mendapat pujian meluas kerana disiplin mereka sekalipun menghadapi malapetaka bertimpa-timpa.
Negara lain melahirkan rasa kagum dan sedikit cemburu kerana kekacauan tidak berlaku berikutan gempa bumi kuat disusuli tsunami pada 11 Mac lalu yang menyebabkan hampir 20,000 orang terbunuh atau hilang.
Berlainan dengan huru-hara dan keganasan yang menyusuli gempa bumi di Haiti pada tahun lepas atau Taufan Katrina di New Orleans, Amerika Syarikat (AS) pada 2005, tindak balas rakyat Jepun terhadap bencana terburuk di negara ini sejak 1923 memperlihatkan kesabaran dan ketabahan sebuah masyarakat paling stabil di dunia.
Meskipun kekurangan bekalan makanan dan air sangat meruncing di kawasan paling teruk dilanda bencana itu, mesin penjualan makanan pun tidak disentuh, malah kandungannya yang jelas kelihatan di sebalik penutupnya masih tidak diusik.
Namun lebih seminggu selepas tsunami melanda kawasan pantai timur laut Jepun, polis berkata, beberapa insiden mencuri dan pecah masuk dilaporkan dari rumah dan kedai yang rosak teruk dan ditinggalkan.
Fenomena itu jarang berlaku di Jepun kerana polis di negara ini bertindak tegas ke atas jenayah kecil manakala penduduk mendapat ganjaran kerana memulangkan barang yang hilang atau dicuri.
"Disebabkan kami begitu sibuk dengan operasi mencari dan menyelamat dan kemudahan kerja pembersihan, sukar untuk kami mengesan mereka yang mencuri," kata timbalan ketua polis di bandar pelabuhan Kamaishi, Hironori Kodashima di wilayah Iwate.
Katanya, pihak polis baru mula menerima laporan mengenai jenayah itu dan melakukan penangkapan.
"Kami memandang berat perkara ini dan mahu menghentikannya," kata Kodashima yang menyebut kes seorang lelaki yang ditangkap ketika cuba memecahkan sebuah mesin juruwang automatik (ATM).
Beliau berpendapat penduduk mencuri kerana ketiadaan makanan dan wang tetapi mangsa bencana mendakwa, semakin ramai orang luar datang ke kawasan pantai timur laut untuk mengambil kesempatan daripada situasi tidak menentu dan kemusnahan yang berlaku._sumber dari Utusan online.

jepun dilanda salji



Seperti yang kita sedia maklum tanggal 11 Mac 2011 negara Jepun dikejutkan dengan kejadian Gempa bumi dan Tsunami terbesar . Gempa bumi yang mencatatkan rekod  9.0 skala Richter menjadikan Jepun ditangga kelima mengalami gempa bumi terbesar sejak tahun 1900.  Gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer. Hampir 300 ribu orang dilaporkan menjadi mangsa dan dianggarkan Jepun mengalami kerugian sebanyak $180 billion akibat bencana alam berkenaan.Masyarakat seluruh dunia melahirkan rasa simpati dengan kesedihan yang dialami rakyat Jepun. Apa yang boleh kita bantu selain menghulurkan secebis bantuan keinsanan kepada mereka.Cabaran buat rakyat Jepun.. selepas dilanda tsunami dan gempa bumi, giliran ribut salji pula melanda Jepun..
Dengan suhu yang mencapai tahap -5 darjah celcius.. ia memang suatu perkara yang cukup memeritkan buat rakyat Jepun..
Keadaan ini telah menyukarkan lagi usaha- usaha mencari mangsa tsunami yang masih hilang.. 5 hari setelah kejadian tsunami tersebut...

assalamualaikum

assalamualaikum semua...
agak lama saya tak update blog nie...hmmm...kesibukkan dengan tugas harian membataskan masa untuk mengemaskini blog nie...tapi walau macam mana sibuk pun ,saya akan update jika ade mase terluang.Berbalik pada Misi saya...yang terkini saya dalam peringkat penyedian proposal...nanti saya akan upload gambar proposal terbaru saya...tunggu...

Wednesday, 27 April 2011

MISI PROGRAM / JELAJAH 1BELIA 1 MALAYSIA 1DUNIA DI TUNDA KE TARIKH BARU, IAITU PADA 15 MEI 2011.

SAYA BAGI PIHAK KREW PROGRAM / JELAJAH 1B 1M 1D MEMOHON MAAF DI ATAS MASALAH TEKNIKAL YANG SEDANG KAMI HADAPI SEKARANG.SEHUBUNGAN DENGAN ITU SAYA TELAH MENGUMUMKAN TARIKH PERASMIAN PROGRAM / JELAJAH 1B 1M 1D TELAH DI TUNDA KE SATU TARIKH BARU IAITU PADA 15 MEI 2011.DI HARAP ANDA YANG MENGIKUTI PERKEMBANGAN MISI KEMANUSIAAN INI,MEMPERTINGKATKAN SOKONGAN DAN MENYEBARKAN MAKLUMAT INI KEPADA SEMUA YANG TAHU MENGENAI MISI KEMANUSIAAN INI.TERIMA KASIH..

Sunday, 24 April 2011

PERBINCANGAN BERSAMA AKBAR SINAR HARIAN (MENGENAI MEDIA RASMI MISI KEMANUSIAAN PROGRAM JELAJAH 1 BELIA 1 MALAYSIA 1 DUNIA)

ALHAMDULILLAH SEKALI LAGI SAYA UCAPKAN KEPADA ALLAH YG  MAHA ESA KERANA SEKALI LAGI DI BERI KESEMPATAN UNTUK TERUS BERJUANG DALAM MISI AMAL YANG BAKAL BERLANGSUNG TIDAK LAMA LAGI DI SELURUH TANAH AIR SEMENANJUNG MALAYSIA.ESOK SAYA AKAN MEMBUAT SATU PERBINCANGAN KHAS DENGAN PIHAK PENGURUSAN PENGIKLANAN DAN PROMOSI AKBAR SINAR HARIAN.PERBINCANGAN KHAS INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MEMBINCANGKAN TENTANG MEDIA RASMI MISI KEMANUSIAAN YANG AKAN BERLANGSUNG TIDAK LAMA LAGI..UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA PIHAK PENGURUSAN AKBAR SINAR HARIAN KERANA MEMBERI RUANG PADA SAYA  MEM PROMOSIKAN MISI INI SEKALUGUS MENJADI AKBAR RASMI MISI KEMANUSIAAN MISI PROGRAM / JELAJAH 1BELIA 1MALAYSIA 1DUNIA INI..AMIN

Thursday, 21 April 2011

PERBINCANGAN BERSAMA TUAN KHAIRUL ANWAR EL SYAZALLI (PENGERUSI BELIA NEGERI PERAK)

alhamdulillah perbincangan bersama tuan khairul anwar (pengerusi belia negeri perak) telah diadakan semalam,segala yang telah dirancang sudah diluluskan oleh pihak kerajaan.minggu depan kami akan mula kan pengiklanan untuk dan tahap seterusnya.terima kasih semua atas segala sokongan anda..teruskan menyokong misi murni ini dan sebarkan....

Sunday, 10 April 2011

perbincangan bersama exco kebudayaan,belia dan sukan negeri perak YB DATO' ZAINOL FADZI.

ALHAMDULILLAH SEKALI LAGI SAYA PANJATKAN KESYUKURAN KEPADA ALLAH S.W.T. KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA NYA SEKALI LAGI SAYA MASIH BERADA DI DUNIA INI BAGI MENJALANKAN KEWAJIPAN SEBAGAI SEORANG ISLAM & UMMAT NABI MUHAMMAD S.A.W. UNTUK TERUS BERJUANG DEMI MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN DAN KESUCIAN UMMATNYA.HARI INI ADALAH HARI YANG SANGAT BERMAKNA BUAT SAYA KERANA SEKALI LAGI DENGAN IZINNYA SAYA DAPAT MELAKSANAKAN TANGGUNG JAWAB UNTUK MENYELARASKAN MISI KEMANUSIAAN BAGI MENGUTIP DANA SERTA MENGUMPULKAN BARANG- BARANG BANTUAN UNTUK MEMBANTU RAKYAT JEPUN YANG SEDANG DI LANDA MUSIBAH.
SAYA TELAH BERKUNJUNG KE BANGGUNAN S.U.K. NEGERI PERAK BAGI MEMBINCANGKAN SOAL PERJALANAN MISI KEMANUSIAAN SAYA BERSAMA RAKAN SEPERJUANGAN SAYA EN.AMIRUL HAFIZTH PADA HARI ISNIN 11 APRIL 2011.(GENAP SEBULAN BENCANA  GEMPA BUMI,TSUNAMI DAN PENCEMARAN RADIASI DI JEPUN).KAMI TELAH DIBERI KATA - KATA SEMANGAT DAN SOKONGAN DARI PIHAK KERAJAAN NEGERI PERAK KHUSUSNYA DARI PIHAK KEMENTERIAN BELIA & SUKAN PERAK IAITU DATO' ZAINOL FADZI UNTUK MENJAYAKAN MISI KEMANUSIAAN INI.
SEPUCUK SURAT DARI BELIAU AKAN DI UTUSKAN KEPADA KAMI BAGI MENYOKONG MISI KEMANUSIAAN YANG TELAH HAMPIR UNTUK DI MULAKAN TIDAK LAMA LAGI.
SETAKAT INI KAMI SEDANG MENYIAPKAN BAJET BAGI KESELURUHAN JELAJAH INI BAGI MEMOHON DANA DARI PIHAK YANG BERKAITAN SERTA SPONSOR SEPANJANG PROGRAM INI BERLANGSUNG.
SEGALA MAKLUMAT YANG LAIN AKAN MENYUSUL KURANG DARI 2 MINGGU LAGI. INSYAALLAH.

Wednesday, 30 March 2011

PERJUMPAAN BERSAMA TUAN KHAIRUL ANUAR (PENGERUSI BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK)

alhamdulillah dan terima kasih kpd tuhan kerana sekali lagi memberi peluang utk saya meneruskan perjuangan misi bantuan ini utk mencapai harapan cerah bagi melaksanakan misi kemanusiaan ini..semalam saya bertemu dgn TUAN KHAIRUL ANUAR (PENGERUSI BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK),bagi membincang kan perlaksanaan misi kemanuisaan yg sedang dalam proses yg terakhir.beliau ada menunjukkan respon yg baik terhadap misi ini dan memuji serta menggalakkan belia yg sanggup buat sesuatu demi kebaikan agama, bangsa dan negara.sehubungan dgn itu beliau juga berminat utk berkerja sama bagi menjaya kan misi ini..beliau juga ada menyatakan bahawa misi ini akan di bincangkan dlm peringkat exco belia daerah&negeri bagi mendapat sokongan majoriti utk membantu menjayakan misi ini.kemungkinan besar misi ini akan di sokong oleh  menteri besar perak YAB DATO' SERI DR. ZAMBRY BIN ABD. KADIR dan exco belia & sukan negeri perak YB DATO' ZAINOL FADZI BIN HAJI PAHARUDIN yang merupakan tonggak penting dalam pentadbiran negeri agar sokongan yang kuat untuk misi ini terus berjalan dgn lancar.diharapkan semoga segala perjalanan misi ini dapat berjalan dengan lancar..

Monday, 28 March 2011

mohon slot belia perak aman jaya..

selepas selesai berurusan dgn kem.belia&sukan saya ke PTTC untuk urusan ke 2,mohon kerjasama dengan program belia perak aman jaya.malangnya slot berkenaan dengan belia kene submit dgn menteri belia dan sukan perak YB DATO' ZAINOL FADZI BIN PAHARUDIN.so kene buat apoiment la cam tu..tapi saya tetap submit surat sokongan dari jabatan berkenaan..

urusan rasmi.

baru je balik dari pejabat belia dan sukan daerah kinta,hantar proposal tentang misi kemanusiaan jepun ni..tapi malangnya pegawai gi kursus,so tertangguh la perbincangan mengenai misi kemanusiaan ini untuk libatkan kementerian belia dan sukan.so proposal tu saya hantar kat kerani pejabat berkenaan..harap2 dpt maklum balas secepat mungkin..

Sunday, 27 March 2011

usaha

USAHA...Kenji Sugawara menggantung foto isterinya yang masih hilang pada badannya ketika menjalankan operasi mencari di bandar Otsuchi, Iwate, semalam. - Foto AFP

Krisis nuklear Jepun lebih teruk dari Three Mile Island

ANALISIS Keadaan di loji nuklear yang -unsur yang berbeza dengan teras reaktor yang dilindungi dalam besi baja dan konkrit.

Kemalangan di loji Mile Three Island di Pennsylvania pada 1979 dilanda gempa bumi di Jepun, kini semakin teruk sehinggakan ada kesepakatan bahawa krisis tersebut lebih besar daripada kemalangan di Three Mile Island pada 1979, serta wujud kebimbangan yang ia akan menjadi lebih parah lagi.

japan nuclear fukushima no 3 reactor explosion frontPada akademik dan ahli nuklear bersetuju bahawa masalah di reaktor Fukushima Daiichi adalah parah, dan jalan penyelesaian yang dicadangkan itu merupakan usaha terakhir untuk membendung apa yang mungkin diingati sebagai bencana industri yang terburuk di dunia.

Semua enam reaktor di kompleks tersebut mempunyai masalah -sama ada bumbungnya tercabut, potensi keretakan struktur penahanan,
batang bahan bakar terdedah atau risiko berlaku letupan yang setakat ini, cukup besar untuk memaksa langkah-langkah kecemasan diambil.

Yang paling dibimbangi ialah kebakaran di kolam besar yang menempatkan batang bahan bakar atom dan letupan di bangunan yang menempatkan kolam dan reaktor No 4. Kolam itu terdedah pada unsur
merupakan yang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat. Separuh daripada teras reaktor dalam satu unit, lebur akibat kehilangan pendingin, meskipun tidak mengakibatkan kecederaan.

Kemalangan Chernobyl di Ukraine pada tahun 1986 pula adalah yang terburuk dalam sejarah industri tersebut, apabila letupan mengakibatkan awan bahan radioaktif yang menutupi sebahagian besar Eropah.

Beberapa pakar berkata, pihak berkuasa Jepun tidak mahu membesarkan keparahan insiden tersebut, khususnya pada skala yang disebut INES yang digunakan untuk menentukan tahap insiden nuklear.

Jepun: Angka korban, hilang cecah 26,000

Dua minggu selepas gempa bumi kuat dan tsunami besar melanda pantai timur laut Jepun, pihak berkuasa berkata bilangan mangsa yang disahkan mati atau hilang kini melebihi 26,000 orang. Bagaimanapun, terdapat kebimbangan angka korban bencana yang meranapkan seluruh bandar di pantai Pasifik pulau Honshu itu meningkat lebih tinggi.
Agensi Polis Kebangsaan menyatakan perangkaan terkini ialah 9,700 mangsa disahkan terbunuh manakala 16,501 lagi disahkan hilang, iaitu keseluruhan 26,201 mangsa akibat bencana berkembar pada 11 Mac lalu.
Seramai 2,766 lagi mangsa cedera.
Sementara itu, iodin radioaktif dalam air minuman di Tokyo kini dilaporkan susut kembali ke tahap selamat untuk bayi hari ini.
Menurut seorang pegawai kerajaan bandaraya itu, sampel air yang diambil kelmarin dan disiarkan semalam, mengandungi lebih sekali ganda tahap selamat untuk bayi, iaitu 210 becquerels (Bq) sekilogram.
Tetapi tahap itu susut kembali kepada 79 Bq dalam ujian hari ini.

NONETahap selamat tertinggi adalah 100 Bq untuk bayi dan 300 Bq untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Di Osaka, agensi keselamatan nuklear Jepun berkata sebahagian daripada bekalan elektrik ke bilik kawalan satu daripada reaktor di loji nuklear Fukushima Daiichi berjaya dipulihkan pada 0230 GMT (10.30 pagi waktu Malaysia).

"Lampu bernyala di bilik kawalan satu daripada reaktor pada 11.30 pagi ini. Namun, kami masih belum pasti sama ada ini bermakna sistem penyejukan akan pulih," kata seorang pegawai agensi itu.

- AFP

Rakyat M'sia selamatkan diri atas bukit di Sendai

Seorang rakyat Malaysia di Sendai, Jepun terpaksa menyelamatkan diri dan keluarganya di atas sebuah bukit yang berhampiran selama lima hari dan berkongsi makanan dengan ratusan keluarga Jepun
yang lain.
"Nasib baik saya ada bawa sedikit makanan semasa melarikan diri ke atas bukit. Bila makanan sudah habis, orang-orang di situ memberikan makanan mereka kepada kami.
"Kami berkongsi apa yang ada, sebab kami tidak boleh keluar dari bukit itu. Kemudiannya apabila keadaan dirasakan selamat, baruah kami pergi ke Tokyo untuk pulang ke Malaysia," kata Yeoh Lian Chun, 29, seorang jurubahasa di sebuah kilang mesin di Sendai.
Beliau bersama keluarganya adalah antara rakyat Malaysia yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini dari Tokyo.
Yeoh dan isterinya warga China, Chang Miao, 29, anak-anak mereka Yeoh Yun Ci, 3, dan Yeoh Hao Han, 11 bulan, tiba dengan pesawat Malaysia Airlines MH 89 pada pukul 5 petang tadi.
Yeoh dari Sungai Petani, Kedah menyifatkan pengalamannya menghadapi gempa bumi dan tsunami yang berlaku di timur laut Jepun pada 11 Mac lalu sebagai menakutkan dan sukar dilupai.
"Bila amaran tsunami dikeluarkan, semua pekerja keluar dari kilang. Saya terus memandu ke rumah saya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit.
"Saya memang takut tentang keselamatan keluarga saya. Dari rumah saya terus membawa anak isteri saya ke tempat yang agak tinggi.
"Saya tidak berani bawa kereta lagi, jadi saya dan isteri membawa kedua-dua anak kami dengan berlari sekuat yang boleh ke tempat bukit yang saya anggap selamat.
"Saya hanya fikir untuk selamatkan anak dan isteri saya sahaja sebab mereka adalah segala-galanya bagi saya," katanya.
Yeoh yang bekerja sebagai jurubahasa selepas menamatkan pengajian selama lima tahun di Jepun berkata selepas keadaan dirasakan selamat barulah beliau dan keluarganya keluar dari kawasan bukit itu untuk ke Tokyo dengan menaiki bas sebelum pulang ke Malaysia.
Beliau juga tidak tahu dengan keadaan kilang tempatnya bekerja serta nasib rakan-rakannya kerana tidak dapat menghubungi mereka.
"Saya juga tidak tahu apa terjadi pada rumah saya," katanya.
Yeoh dan kelurganya juga disahkan bebas daripada kesan radiasi akibat kebocoran loji nuklear Fukushima Daiichi.
Yang turut pulang ialah Nabilah Ibrahim, 26, yang mengikuti pengajian peringkat Phd di Universiti Tohoku dalam jurusan Medical Ultrasonic Electronic.
Ketika kejadian beliau bersama rakan-rakannya sedang berada di dalam makmal perubatan dan meluru keluar dari bangunan makmal itu sebaik menyedari gegaran berlaku.
--Bernama

Loji Nuklear Fukushima



Radiasi naik mendadak


Radiasi dalam loji Fukushima naik mendadak

TOKYO: Pegawai Jepun melaporkan peningkatan mendadak paras radiasi - 10 juta kali melebihi paras normal - dalam air sebuah reaktor di loji nuklear Fukushima yang rosak akibat gempa bumi dan tsunami, sekali gus memaksa pekerja meninggalkan kemudahan itu dan melengahkan usaha mengawal kebocoron.

Jurucakap Tokyo Electric Power Co (TEPCO), Takashi Kurita berkata
tahap radiasi udara pula ialah 1,000 milisievert sejam - empat kali ganda had 250 milisievert yang dianggap selamat oleh kerajaan.Laporan berhubung peningkatan mendadak radiasi di Unit 2 loji itu muncul ketika TEPCO bertungkus lumus mengepam air yang tercemar dari empat unit reaktor di loji Fukushima Dai-ichi yang terletak kira-kira 220 kilometer dari Tokyo. Bacaan radiasi terlalu tinggi hinggakan pekerja yang mengukurnya meninggalkan tempat itu sebelum mengambil bacaan kedua.

Semalam, Agensi Keselamatan Nuklear dan Perindustrian Jepun memberi amaran tahap radioaktif dalam unit reaktor berkenaan meningkat dengan pantas dan langkah mengeluarkan air mengandungi radioaktif menjadi keutamaan. - AP
-BERITA HARIAN-

JOM

Jom pakat ramai2 menyokong usaha murni ANAK JATI PERAK dalam menjalan kan misi kemanusiaan bencana tsunami jepun...!!!

TERKINI

Lebih ramai penduduk Fukushima pindahTOKYO: Paras radioaktif di perairan berhampiran loji nuklear Daiichi, Fukushima semakin meningkat semalam, dua minggu selepas ia mengalami kebocoran akibat gempa bumi 9 skala Richter disusuli ombak tsunami.
Seramai 700 jurutera bertungkus-lumus mengepam air radioaktif dari loji yang terletak 240 kilometer ke utara Tokyo, bagi menstabilkannya selain menggerakkan semula pam air bagi menyejukkannya.Ada pihak mengesyaki reaktor itu bocor selepas tentera Amerika Syarikat turut membantu usaha menyejukkannya.
Agensi keselamatan nuklear berkata, ujian menunjukkan tahap iodin radioaktif melonjak ke paras 1,250 kali lebih tinggi berbanding kadar normal di sekitar kawasan perairan di loji berkenaan.
Perkembangan terbaru di loji dan radiasi itu menyebabkan pihak berkuasa kini menggerakkan operasi memindahkan penduduk dalam lingkungan 20 hingga 30 kilometer dari loji nuklear berkenaan.
Selain itu, di Tokyo, bandar 13 juta penduduk, mencatat tahap radiasi 0.22 mikrosievert sejam, enam kali ganda paras normal.
Ia masih dalam kategori normal Persatuan Nuklear Dunia iaitu 0.17 hingga 0.39 mikrosievert sejam.
Tetapi, seorang pegawai di Kementerian Sains mengesahkan bahawa tahap radiasi harian di kawasan 30 kilometer ke barat laut loji berkenaan, paras melebihi had setahun.
Begitupun, pegawai kanan dari Agensi Keselamatan Industri dan Nuklear Jepun, Hideko Nishiyama berkata, pencemaran yang berlaku memberi risiko kecil kepada kehidupan laut.
“Arus lautan akan memecahkan zarah radioaktif dan menjadi sangat cair ketika dimakan oleh ikan atau hidupan laut lain,” katanya.
Nishiyama berkata, pihaknya sedang berusaha mencari jalan untuk menulenkan air di kawasan laut di situ agar tidak menjejaskan alam sekitar.
Air mengandungi sisa radioaktif ditemui di dalam bangunan yang menempatkan tiga daripada enam reaktor yang terjejas di loji berkenaan.
Khamis lalu, tiga pekerja melecur di reaktor nombor 3 selepas terdedah kepada paras radiasi 10,000 kali ganda lebih tinggi daripada paras normal di loji terbabit.
Reaktor ini adalah satu-satunya menggunakan campuran plutonium dan uranium. Plutonium adalah isotop radioaktif paling bahaya.
Tidak hairanlah, di sebalik jaminan pihak berkuasa, perkembangan terbaru meningkatkan kebimbangan ke atas eksport makanan laut Jepun.
Krisis nuklear di loji Daiichi Fukushima, kini membayangi usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa dan tsunami yang melanda Jepun 11 Mac lalu dan menyebabkan lebih 27,500 orang terbunuh atau hilang.
Ada negara sudah mengeluarkan larangan ke atas susu dan keluaran hasil pertanian dari wilayah di sekitar loji itu. – Reuters/Agensi

terkini

PENUNJUK perasaan memakai penutup mulut membantah loji nuklear di depan Ibu Pejabat Tokyo Electric Power Co (TEPCO) di Tokyo hari ini. Tahap radiasi amat tinggi yang dikesan pada air di loji nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas akibat gempa bumi dan tsunami lalu menyebabkan usaha mengawal keadaan di kompleks berkenaan terbantut. Seorang petugas di loji berkenaan hari ini mengesan tahap radiasi 10 juta kali ganda daripada biasa pada air di reaktor kedua. - Foto AFP  
sumber:Berita Harian.

TERKINI

Kesan radioaktif dilaporkan mencecah 10 juta kali lebih tinggi di loji nuklear Fukushima....

ESOK.....

 Nak pergi Kementerian Belia Dan Sukan,rakan muda dan Pejabat Menteri Besar Perak
nak hantar proposal Misi Bantuan Kemanusiaan Tsunami Jepun .
Sekiranya kerajaan memandang serius perkara berkaitan kerja amal dan perlukan sukarelawan yang sama macam saya .. mungkin kita akan tubuhkan kelab....so semua nya akan bergantung pada keadaan esok...

VISI

Mencerminkan sifat modal insan yang bertangung jawab , berkebajikan dan sentiasa bersemangat untuk membantu insan yang memerlukan.Menunjukkan contoh dan teladan yang baik pada masyarakat dunia bahawa masih ada golongan belia yang mempunyai sikap bertanggung jawab dan mengambil berat tentang kebajikan dan keperihatinan terhadap insan yang di timpa bencana ataupun kemalangan. Meningkatkan tahap kesedaran yang tinggi bagi semua belia di khususnya di seluruh dunia am nya di malaysia untuk terus melakukan kerja- kerja amal yang baik serta dapat membantu insan yang sangat memerlukan.

misi ...

misi: memastikan rakyat jepun mendapat kehidupan yang lebih baik selepas ditimpa bencana gempa bumi , tsunami dan percemaran radiasi.

misi ...

misi: rakyat jepun akan terus mempercayai serta menghormati hubungan diplomatik diantara negara jepun dengan negara malaysia.

misi ...

misi: memastikan golongan belia terus berbakti berjuang dan beramal bagi menunjukan sikap sebenar dan memartabatkan golongan belia malaysia di mata dunia.

Saturday, 26 March 2011

reaktor nuklear

TOKYO: Agensi Keselamatan Nuklear Jepun berkata tekanan di satu lagi rektor nuklear yang rosak kerana tsunami dan gempa bumi minggu lalu kini meningkat yang boleh menyebabkan kebocoran gas radioaktif.
Pegawai agensi berkenaan, Hidehiko Nishiyama, berkata usaha untuk memasukkan air di Unit 3 reaktor Fukushima Dai-ichi mungkin tidak lagi berkesan.
Beliau berkata pengendali loji berkenaan akan membebaskan sebahagian gas radioaktif dari reaktor berkenaan di udara. "Ini mungkin akan memperlahankan kerja untuk membaik pulih tenaga dan sistem penyejukan di unit berkenaan," katanya.Nishiyama berkata, langkah itu bermakna paras radiasi di sekitar loji berkenaan akan meningkat semula. - AP

11 mac 2011



Tokyo — Kawasan pantai timur laut Jepun dilanda tsunami 7-10 meter susulan gempa bumi besar pada ukuran 8.9.
Siaran televisyen menunjukkan kereta, kapal dan bangunan di kawasan Fukushima, kira-kira 400 kilometer dari Tokyo, dibawa arus tsunami.
Pegawai-pegawai berkata kawasan itu dilanda tsunami setinggi enam meter (20 kaki).Amaran tsunami juga dikeluarkan di Rusia, Filipina, Taiwan, Hawaii, dan Indonesia.
Ekoran gempa bumi sekitar yang berlaku sekitar pukul 1.46 tengah hari itu, agensi berita Kyodo melaporkan lapangan terbang Narita turut ditutup.Lapangan terbang Sendai juga berhadapan dengan tsunami.
Sebuah kapal besar “disapu” ketika tsunami mengalir ke arah bandar raya Kesennuma di wilayah Miyagi, demikian menurut NHK.
Satu lagi siaran televisyen menunjukkan terjadi kebakaran di kawasan industri Isogo di Yokohama.Kebakaran juga dilaporkan di bandar raya Sendai.
Bandar raya juga dilanda tsunami kecil manakala sebuah jejantas turut musnah dalam kejadian terbaru ini.Pegawai-pegawai sedang menilai kemusnahan dibawa oleh tsunami dan gempa bumi.

radiasi..

Kesan radiasi dalam susu
OSAKA: Pihak berkuasa Jepun semalam mengesan paras luar biasa radioaktif dalam susu dan bayam di kawasan berhampiran loji nuklear yang rosak akibat gempa bumi dan tsunami
Jepun     

11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 9.0 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. 

alhamdulillah...

ini surat sokongan dari y.b. adun manjoi

program

kertas cadangan...

japan relief

jelajah seluruh malaysia..bermula di ipoh 4 april 2011

save japan...

jom sama2 sebarkan program ini...berita selanjutnya akan menyusul dalam masa terdekat...harap2 semua dapat bagi kerjasama dan menghulurkan bantuan...tq

assalamualaikum


sokongan dari anda semua amatlah dihargai.... terima kasih semua kerana sudi memberi sokongan pada misi jelajah ini...marilah seluruh rakyat malaysia untuk bersama2 menyokong program saya ni!!!!

assalamualaikum

assalamualaikum...page  ini saya cipta khas untuk misi bantuan bencana tsunami dan pencemaran radiasi di negara jepun ....harap dapat terus sebarkan misi ini dan jgn lupa sebarkan kepada semua friend..ok tq